Bahan
1.coklat converter cari di kedai coklat
2. Timbang
3. Spatula atau sudu plastik
4. Periuk berisi air yang dididihkan
5, mangkuk ayan. atau periuk kecil yang lebih kecil dari no. 4.
Pastikan coklat tak kena air. Pastikan Sudu dan dalam periuk ayan kering
Perkara yang diambil perhatian
a. Coklat dan bahan mestilah kering
b. Kalau boleh gunakan brand yang sama jika nak tambah kerana lain brand lain kandungan coklat
c. Tidak dicampurkan coklat coverter dengan jenis lain saperti compound
Caranya
1. Ambil coklat tak kira berapa banyak terpulang.Ambil sedikit. Jika banyak susah dan penat ketika mengacaunya
2. bahagikan 2 bahagian
bahagian A. 3/4 dari berat coklat yang dimasakan masukan dalam mangkuk ayan
bahagian B. 1/4 dari coklat yang hendak di masakan
Jika 400 gram maka 300 gram dalam A, 100 gram dalam B. atau gunakan kiraan kiub, setiap bar coklat dibentuk dalam sususan kiub,
ambil 8 kiub bahagi pada dua, 6 kiub dalam A dan 2 kiub dalam B
Hiris semua coklat halus atau nipis supaya cepat cair
3, Satelah air mendidih masukan mangkuk ayan yang mengandungi 3/4 coklat kedalam periuk yang berisi air mendidih dan kacau dengan sudu kayu atau sudu plastik hingga hampir cair( masih ada coklat yang beku lebih kurang 10 hingga 20.peratus). Pastikan tak cair semua.
4, Masukan bahagian B dalam mangkuk ayan tadi, keluarkan mangkuk ayan cepat dari tempat didihan dan kacau hingga semuanya cair.
Masukan coklat dalam acuan . Ketuk acuan pada meja perlahan lahan sebelum membeku atau goncang acuan untuk mengeluarkan gelembung udara.Jika coklat menjadi beku rendamkan mangkuk ayan yang berisi coklat kedalam air panas dan kacau hingga cair.
Masukan kedalam peti ais selama lima minit.
Hasil Coklat menjadi Jika coklat senang keluar dari acuan.
Satelah siap semua, basuh alat saperti periuk ayan, sudu ,acuan dengan air panas. Kerana air panas mencairkan coklat.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment